tengok title kat atas tu,CNY? Apakah? bukan CNI atau CNN atau CIA.
CNY tu maknanya Chinese New Year!!!
1 MALAYSIA sangat aku ni. Kalo entry dulu pasal ladoo sempena Diwali, kali ni xde la pulak aku nak bercerita pasal buah limau mandarin yang memang diakui la kemanisannya lagi2 yang balut cantik2 dalam plastik merah susun elok2 dalam kotak. Amik ko!! wat karangan xde noktah cinta. Kalo baca sekali nafas je ni, SEMPUT!!!
Melalut sudah. Aku excited nak CNY ni pasal bos kasi cuti seminggu. Macam cuti sekolah uolls. haha. Mana taknya,da bos cina n majoriti workers n client dia pun cina. Nak x nak, kenalah aku bercuti sakan. Bagus la, CNY ni kira feveret festival la. Aku kan anak cina bak kata ibu aku. Dari kecik melayan citer cina tiap2 petang. Crush dgn pelakon2 Hong Kong bukan dengan pelakon2 Malaysia. Haha. International taste kot. Tapi tu la diri aku.
Siap leh bagi list kot citer feveret Hong Kong aku sepanjang 23 tahun ni. Antaranya:-
1. The Good Old Days
Nampak tak betapa klasiknya poster drama ni. Aku syok giler dekat pelakon utama dia, Ho Sang (nama watak). Dalam citer ni, dia kira ada 3 bini la. Bini pertama pilihan mak ayah. Anak mithali la kot. Bini kedua pilihan sendiri,perempuan penyanyi kelab. Kira cinta rahsia la kot pasal perempuan tu macam low class. Bini ketiga dia kahwin masa dia hilang ingatan pas musim perang dengan jururawat. Ye la, orang tu da hilang ingatan kan,mana nak ingat dia ada 2 bini tunggu dia kat kampung. Citer ni lama betul de 3 part. Tapi memang best la. Giler ke aku ni sampai leh ingat citer dia. Ni citer aku layan masa darjah satu kot. Nampak x impak citer ni? memang beri kesan mendalam pada aku. Hahaha.
2. Armed Reaction
Ni salah satu cerita bercorak kepolisan. Macam Gerak Khas gitu! Aku minat cerita ni pun pasal pelakon gak la. Xtau pe nama ntah. Lupa da. Tapi aku memang layan la citer ni. Dia ada berapa siri ntah. Tapi aku layan siri pertama je. Siri kedua dan seterusnya kelihatan x best. So, sampai situ je la jodoh aku dengan citer ni. Hehe.Pas tengok citer ni leh berangan nk jadi polis kejap.
3. Burning Flame
Cerita ni pulak bercorak kebombaan. Menarik gak kisah ahli bomba menjalankan tugas harian menghadapi pelbagai konflik ketika bertugas. Cerita ni pun ada beberapa siri. Tapi setakat yang aku tengok sampai siri mana ntah,sedih gak la cerita ni pasal ada ahli bomba yg terkorban. Kesian kat anak dia. Tacing kejap. Sob3.
4. Fate twister
Asal la poster dia ni nampak cam kisah cinta titanic je. Haha. BTW,kisah citer ni memang banyak scene kt tepi laut. Kisah restoran. Ha! Ni pasal kerjaya tukang masak seafood x silap. x sure tapi ingat tukang masak la. Hehe. xtau macam mana boleh terlayan. Pasal aku suka makan kot. Best la jugak citer ni kalo aku leh layan tengok tiap2 hari. Yg penting, ada kenangan pasal cerita ni dengan kawan baik aku time sekolah dulu. Hari ni birthday dia la. Happy Birthday Zafirah! hehe.. Miss U la bila teringat citer ni.
OK, tu je la wat masa ni. Aku tengah nak recall balik cerita apa pernah aku tengok ni. Banyak sangat. hehe. Ada masa len kali leh sambung.
Utk kawan2 berbangsa cina, Gong Xi Fa Cai!! =)
XoXo,
Kekasih Amar Asyraf.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment