Tuesday, September 10, 2013

indah khabar dari rupa

salam n hi uolls,

Title post I kali ni sangat indah berperibahasa....
INDAH KHABAR DARI RUPA katanya~


Aku nak citer pasal makanan. Aku dok dengar orang kata makan kat tempat tu best, sedap, banyak dan macam-macam la kata pujian tinggi melambung. Aku sebagai manusia mula la rasa curiga dan ingin tahu apakah benar kata-kata mereka itu.

Meatball IKEA....
Sebelum pergi...
aku terbayang meatball yg besar dan rasa daging yg sangat juicy...
Selepas pergi......
meatball yg kecik, mahal, x juicy sgt....
yg x leh blah letak jem diantara kentang dan meatball...
mati2 ingatkan sos...aku dengan yakin gi cicah meatball kat jem tu...
Puiii.... hilang selera tekak aku...
Ibu aku punya bergedil lagi sedap la....besar lagi...yg penting PERCUMA!!!

Restoran SABA....
Sebelum pergi...
aku terbayang nasi arab yg penuh di dalam pinggan membuak-buak....
ayam pulak sangat la besar dan nasi yg penuh berempah bersama lauk pauk yg sangat menggiurkan...
Selepas pergi.....
nasi arab tu memang banyak tapi takde la sampai mencurah-curah ke luar pinggan...
serius kenyang time tu je...tak sampai setengah jam rasa cam nak makan lagi....
lauk pulak sikit je kasi...ayam kecik pulak...jus epal aku masam...
takde apa yg best la...service cepat bila bab hantar makanan tapi air lambat pulak.. nasib baik dia memang perah jus sebenar...kalo lambat tapi bagi air kordial je...ini boleh mendatangkan marah!!

tu je la nak bagitau kisah indah tapi tak pun sebenarnya.......
bagi aku makanan yg dimasak di rumah berjuta-juta kali sedap, bersih, halal lagi....

Pesanan ikhlas:- Rajin-rajin la memasak di dapur! =)

Monday, August 12, 2013

Dong Bang Shin Ki

salam n hi uolls~~!

bila baca title post ni sila baca betul2 tau.
DONG BANG SHIN KI.
Bukan lubang sinki.... haha... gelak la kalo rasa kelakar!

Aku memang minat sangat dengan group dari Korea Selatan ni. Aku suka mereka yg berlima. Yang berdua tu pun ok la tapi macam x best je rasa. Impian aku untuk pergi ke konsert diorang dah pun tercapai pada 18 Mei 2013. Walaupun cuma dapat tengok dari jauh Changmin oppa n Yunho oppa, kira puas hati dah. Sape sangka tercapai jugak impian aku. Kalaulah Jaejoong oppa, Yuchun oppa dengan Junsu oppa ada sekali lagilah best kan. Bersyukur dengan apa yg kita ada! Kenapa aku suka sangat dengan group ni??

Sebab-sebab aku jadi kipas-susah-mati DBSK :-


  1. Good-looking (taste aku selalu berubah, so aku x boleh nak decide sampai sekarang sape paling good-looking...rambang mata I!)
  2. Suara yang macho (setiap seorang ada warna suara tersendiri, dengar je tau da ni sape yang nyanyi)
  3. Attitude diorang yg easy-going (suka giler tengok diorang dalam variety show! memang kelakar n sempoi habis la)
  4. Lagu diorang yang super duper best! (yang ni memang x boleh dinafikan..lagu rancak ke slow ke sume memang boleh layan la) 

Ni dia benda free yg aku dapat time gi konsert tu


Ni la dia stage konsert DBSK kat Stadium Malawati, Shah Alam. Jauh betul seat aku dengan stage tu. Redha je la....

 
Muka berpuas hati impian tercapai

Tu je la aku nak cakap. Aku suka selamanya DBSK! 
Oh, akhir kata SELAMAT HARI RAYA!! 


Monday, August 5, 2013

nak raya dah oi!

Assalamualaikum w.b.t.,

islamik sangat
bagi salam dulu tau
sape yg baca ni..tolong jawab salam
saya mendoakan kesejahteraan ke atas kamu ni....

tinggal lagi 2 hari je nak raya...

harapan?

jumpa sedara mara yg lama x jumpa...
makan makanan yg sedap....
duit raya?? lupakan.................!!!

tahun ni 1st time officially aku kena keluarkan duit nak bagi kat sepupu sepapat....
x decide lagi nak letak berapa dalam sampul.....
insyaAllah bukan seringgit.....
sape nak duit raya...jemput datang rumah....
konpem perut kenyang hati pun senang.........

Tahun ni ak nak jadi perempuan paling cun..
manalah tau kot2 ada makcik yg berkenan nak buat menantu.....
hahaha... =p



Friday, June 28, 2013

life update

fuh...fuh..fuh...banyaknya spider web....
nak cakap yang blog aku ni lama da tak jenguk..berhabuk berdebu sume ada...
FYI, aku da keje semula setelah jadi penganggur selama sebulan masa bulan April.
Aku rasa aku da jumpa kerjaya yang sesuai dengan aku.
MENGAJAR!!!
Apa? What the......................
Benci sangat dgn kerjaya cikgu ni kan..amek kau!
Sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah berkali2 ganda lebih baik....
Janganlah kamu membenci sesuatu sedangkan itu mungkin terbaik untukmu...Salam Jumaat!
Setelah banyak eksperimen yang aku jalankan sejak habis belajar, aku rasa eksperimen ak menemui hasilnya. Menurut kajian eksperimen aku, aku ni bukan suka duduk diam. So, keje yang memerlukan aku duduk senyap2 tatap PC tu selama aku bekerja memang bukan minat aku. Aku rasa 8 jam tu macam 8 tahun je. Lagi satu, aku x boleh fokus pada satu keje bila xde target. Semacam hidup xde makna aku rasa. Ulang benda yang sama setiap hari. Untuk apa?
Mengajar adalah kerjaya terbaik untuk aku. Kenapa?

1. Aku boleh jalan2 pergi kelas ke kelas.
2. Aku rasa masa berlalu kejap je.
3. Ada banyak masa lapang. Sempat layan Running Man kat opis.
4. Tak payah buat OT.
5. Weekend masa bersukaria
6. Pelbagai ragam pelajar setiap hari. Sumpah tak bosan!
7. Dapat lebih perhatian. Macam kurang kasih sayang pulak! haha

Tapi, pasti la ada negatifnya....tak kisah la. Mana ada kerja yang senang......
Semoga aku dapat bertahan lama dengan kerjaya ni...ameen... =)

Sunday, March 24, 2013

Time machine : Part 2

Salam n hai uolls!

Hari tu aku citer pasal suasana dalam bas sekolah aku kan? Sebenarnya ada banyak lagi kenangan dalam bas tu. Kenangan balik lambat pasal KL banjir. Patut leh sampai rumah kol 7 lebih tapi hari kejadian itu, aku sampai rumah kol 9 malam. Giler risau parent ak. Nampak tak aku disayangi? Sape tak sayang anak oi!
Lagi, kenangan menyanyi lagu dangdut dan hindustan dalam hati dalam bas. Almaklumlah, aku sangat pemalu  nak nyanyi depan orang. Suara emas kan, Well! Sampai terhafal lagu2 tu secara tidak sengaja. Tiap2 hari dengar. Cuba kalo pasang kaset orang mengaji ke, bagus jugak. Dapat pahala! Tapi hati manusia mana pernah sama, rambut je sama hitam. Hmm. Dalam bas sekolah jugak, ada mamat sorang tu bagi aku cincin. Darjah 2 lagi I dah dapat cincin, uolls ada? Kisah cincin tu biar la jadi rahsia. Mana la mamat tu agaknya sekarang ni? OK, stop sampai sini dulu kisah bas sekolah.

Permainan

Masih lagi dalam alam sekolah rendah. Well, I am a children of 90's. So, aku nak tunjuk games yang aku syok sangat2 main dengan kawan2.














Ha, amacam? terasa diri dah tua tak bila tengok balik gambar2 diatas? Sangat tua ok I rasa. Oh, zaman kanak-kanak ribenaku! I wish to travel back to SK Jalan Gurney 2. Games2 tu semua memang best. Tapi aku tak suka hari sukan. Games for sport day..urghh! I don't have the so-called talent for that kind of games. U know what I mean. What can I do during sport day?

Tarik tali!

Kawad kaki!

Dah. tu je la aku mampu buat. Kalo aku rasa aku tak terlibat dengan apa2, aku akan duduk rumah dengan senang lenangnya. Tak perlu aku nak bermandi peluh masa hari sukan.

Tapi masa darjah 3, aku wakil rumah merah untuk kelas aku. Aku dapat nombor 1 tau untuk acara masuk air dalam botol guna span. Haha! Dapat hadiah tupperware besar ada partition lagi. Kelas kau jah!

Akademik

Aku bukan budak pandai. Tapi aku berjaya jugaklah memasukkan diri aku dalam kelas terpandai dari darjah satu sampai darjah enam. Kecuali darjah 3. Nombor periksa aku takdelah bagus dan perlu dibanggakan. Sederhana je. Tapi aku pernah dapat nombor last dalam kelas. Aku tak rasa semua orang leh dapat nombor last dalam kelas. Well, adakah itu sesuatu yang patut dibanggakan? Tidak sama sekali ok! Adik-adik, belajarlah bersungguh2. Jangan jadi macam akak ni. Wat malu je! Tapi dalam banyak2 subjek aku belajar masa sekolah rendah, aku sangat suka dengan Kajian Tempatan. Best giler dapat belajar pasal sejarah dan geografi Malaysia. Dalam buku teks darjah 4, aku jatuh cinta dekat pelan rumah. Sejak dari itu, aku bercita-cita nak jadi arkitek. Aku pun mulalah menghasilkan pelan rumah aku di tepi laut, atas gunung, menghadap bandar. Macam-macamlah. Tapi cita-cita aku dah pun terkubur. Kenapalah aku terus terlupakan cita-cita bila aku masuk sekolah menengah. Pengaruh persekitaran! Walau apa pun, aku terima diri aku seadanya yang sekarang ni. Yang da berusia 24 tahun. Aku percaya semua orang ada takdir hidup masing2. Hidup ini hanya sementara! Gunakanlah kesempatan ini untuk lakukan yang terbaik dalam hidup yang tak kita tahu apa akan jadi dengan kita bila kita tua nanti. Itu pun kalau sempat tua la. Ajal maut kan di tangan Tuhan!

OK, aku rasa cukup la sampai sini je kisah sekolah rendah. Takkan aku nak cerita pasal kisah cinta pertama aku kat blog kan. Yang tu biar jadi rahsia hidupku. Haha.

XOXO,
Bekas kekasih Amar Asyraf

Saturday, March 9, 2013

Time Machine:90's

Hi uolls~!

I'm going back to the past. Not to the future. No!No! No! tak sanggup rasanya nak bayangkan apa akan jadi dengan aku pada masa hadapan.

90'an

Sekolah Rendah

Aku mulakan dengan kenangan masa sekolah la. Aku sekolah start darjah 1 tahun 1996 sampai darjah 6 tahun 2001. Sekolah aku terletak di Jalan Gurney 1. Nama sekolah kesayangan aku SK Jalan Gurney 2. Sekolah tu punya sejarah cukup panjang. Kedudukan sangat strategik. Dekat dengan Perpustakaan Negara (PN). Pergi sana selalunya lepas koko hari sabtu dengan kawan2. Gigih jalan kaki walaupun panas terik tengahari. Sampai sana, rasa lega sangat dapat duduk bawah aircond. Aku pergi PN bukan nak baca buku sangat. Nak makan kat kafe dia je sebenarnya. Paling tak boleh lupa, beli sepinggan nasi ayam tak silap,pastu share 3 orang makan. Hehe. Sharing is caring!

Aku pergi sekolah naik bas sekolah daripada darjah satu sampai darjah 5. Bas abang wan aku panggil. Nama drebar bas tu Ridzuan kot. Bas dia antara bas paling hebat dan nampak gah ketika itu. Bas lain2 nampak buruk je. Bas OJ je leh jadi pesaing.Awal2 bulan je mesti bagi kad. Kadang2 ada warna kuning, pink, tak pun biru. Kad kutip hutang la kan. Aku ingat lagi tiap2 bulan kena bayar RM28. Terkejut tak? Mahal? Jauh kot jarak rumah aku dengan sekolah. Kalo nak banding tambang bas sekolah zaman sekarang ni, lagi berkali2 ganda mahal. Padahal jarak takde la jauh mana. Selalunya anak drebar bas,Fazidah akan mengagihkan kad2 tersebut. Bila dah  dapat kad tu,paham2 je la. Yg pasti,mesti parents aku akan bagi sendiri kad tu kat abg. wan. Takut aku hilangkan RM28 la tu. Hehe. Melalui bas sekolah ni la, aku jadi suka sangat duduk tepi tingkap,letak satu kaki kat atas palang besi, dan menikmati angin bayu bau asap. Sambil layan angin,aku dengar lagu dangdut,lagu hindustan,lagu melayu, dan macam2 lagu lagi lah. Nasib baik rumah aku jauh. Maka, aku antara penumpang terawal naik bas dan juga turun bas. Baru adil! Dalam bas ni, boleh dikatakan aku kenal hampir semua orang dalam bas. Siap boleh tau budak ni nanti turun mana. Aku juga banyak belajar jalan2 di KL ni. Puas la aku round2 dengan bas ni. Kalau sekolah pagi, pagi2 abg2 wan buka radio. Bila pukul 7 je, leh dengar berita dan arkib hari ini dalan sejarah. Masa tu aku tau aku da nak sampai sekolah. Aargh! 40 minit aku dalam bas tu. Aku naik bas pukul 6.20 pagi. Awal tak awal. Selalunya ayah akan temankan aku tunggu bas. Kebanyakan rumah baru nak nyalakan lampu subuh. Tapi aku dah tercongok dekat tepi tangga tunggu bas. Masa tu mata aku memang tak boleh nak buka. Aku kadang2 rasa malas je nak pergi sekolah pagi. Tapi bila da jumpa kawan,segar bugar kau. haha. Lagi2 nampak crush pergh! macam di awangan,I tell u! Dalam bas sekolah jugaklah,aku dapat kawan baik. Siap karaoke dalam bas lagu hati kama. Bawa lirik lagu lagi. Nampak tak aku nak bagitau aku ada kaset original Seri Balas, Siti Nurhaliza & Noraniza Idris.Haha. Yang pasti acara cop2 tempat duduk memang acara wajib. Dengar je loceng balik sekolah,berlari kau kejar bas. Sape lari cepat,pesan awal2 da cop tempat. Takpun,suruh adik2 yang keluar awal copkan tempat. Lawak sangat! Macam cop harta karun! Kadang2 bas ni lambat gerak, tak tau ke aku dah tak sabar2 nak balik rumah. Kalau tak, tak payah la aku berlari bagai. Maka, lepas letak beg, aku bergegas ke bas pendek untuk beli jajan. Yang aku kagum, sistem beratur nak beli jajan tu patut dipuji.Ruang sempit so pandai2 la. Lagi satu, aku dah plan siap2 nak beli apa. Takde la aku terpinga2 atas bas tu tengok jajan yang sangat menarik tu. Biasanya, aku beli keropok bentuk silinder plastik merah perasa kari tu. Pedas dan rangup. Murah pulak tu. Tak pun aku makan keropok toki, super ring, durian. Kadang aku beli buble gum dalam kotak. Dia punya gum tu bentuk bulat2 kecik macam peluru. Tak pun, beli chewing gum warna kelabu putih tu.  Lagi aku suka jugak makan sate ikan bentuk cam kipas tu. Paling best beli taik hidung. Haha. Mo Far Kor kot  nama dia. Ada muka laki cina kt label botol tu. Aku pun tak tau apa benda yang aku makan tu. Hehe. Aku kadang2 jeles dengan budak bas pendek. Senang lah diorang nak beli jajan, tak payah susah2. Akhirnya, bila aku darjah 4 ke, abg wan pun buat bisnes jajan jugak. Dia jual aiskrim 20 sen dengan sate ikan. Tapi takde lak aku rasa excited sangat. Hehe. Bila dah dapat tak reti nak bersyukur pulak. Manusia!

Stop dulu sampai sini. Nanti sambung lagi. Rindu kat bas sekolah. Rugi tak ambil gambar bas sekolah dulu. Kalo zaman dulu ada hp, memang lama dah aku tangkap gambar aku dalam bas. Sayang!

Friday, February 1, 2013

CNY

Salam n Hai uolls~

tengok title kat atas tu,CNY? Apakah? bukan CNI atau CNN atau CIA.

CNY tu maknanya Chinese New Year!!!

1 MALAYSIA sangat aku ni. Kalo entry dulu pasal ladoo sempena Diwali, kali ni xde la pulak aku nak bercerita pasal buah limau mandarin yang memang diakui la kemanisannya lagi2 yang balut cantik2 dalam plastik merah susun elok2 dalam kotak. Amik ko!! wat karangan xde noktah cinta. Kalo baca sekali nafas je ni, SEMPUT!!!

Melalut sudah. Aku excited nak CNY ni pasal bos kasi cuti seminggu. Macam cuti sekolah uolls. haha. Mana taknya,da bos cina n majoriti workers n client dia pun cina. Nak x nak, kenalah aku bercuti sakan. Bagus la, CNY ni kira feveret festival la. Aku kan anak cina bak kata ibu aku. Dari kecik melayan citer cina tiap2 petang. Crush dgn pelakon2 Hong Kong bukan dengan pelakon2 Malaysia. Haha. International taste kot. Tapi tu la diri aku.

Siap leh bagi list kot citer feveret Hong Kong aku sepanjang 23 tahun ni. Antaranya:-

1. The Good Old Days

Nampak tak betapa klasiknya poster drama ni. Aku syok giler dekat pelakon utama dia, Ho Sang (nama watak). Dalam citer ni, dia kira ada 3 bini la. Bini pertama pilihan mak ayah. Anak mithali la kot. Bini kedua pilihan sendiri,perempuan penyanyi kelab. Kira cinta rahsia la kot pasal perempuan tu macam low class. Bini ketiga dia kahwin masa dia hilang ingatan pas musim perang dengan jururawat. Ye la, orang tu da hilang ingatan kan,mana nak ingat dia ada 2 bini tunggu dia kat kampung. Citer ni lama betul de 3 part. Tapi memang best la. Giler ke aku ni sampai leh ingat citer dia. Ni citer aku layan masa darjah satu kot. Nampak x impak citer ni? memang beri kesan mendalam pada aku. Hahaha.

2. Armed Reaction

Ni salah satu cerita bercorak kepolisan. Macam Gerak Khas gitu! Aku minat cerita ni pun pasal pelakon gak la. Xtau pe nama ntah. Lupa da. Tapi aku memang layan la citer ni. Dia ada berapa siri ntah. Tapi aku layan siri pertama je. Siri kedua dan seterusnya kelihatan x best. So, sampai situ je la jodoh aku dengan citer ni. Hehe.Pas tengok citer ni leh berangan nk jadi polis kejap.

3. Burning Flame

Cerita ni pulak bercorak kebombaan. Menarik gak kisah ahli bomba menjalankan tugas harian menghadapi pelbagai konflik ketika bertugas. Cerita ni pun ada beberapa siri. Tapi setakat yang aku tengok sampai siri mana ntah,sedih gak la cerita ni pasal ada ahli bomba yg terkorban. Kesian kat anak dia. Tacing kejap. Sob3.

4. Fate twister

Asal la poster dia ni nampak cam kisah cinta titanic je. Haha. BTW,kisah citer ni memang banyak scene kt tepi laut. Kisah restoran. Ha! Ni pasal kerjaya tukang masak seafood x silap. x sure tapi ingat tukang masak la. Hehe. xtau macam mana boleh terlayan. Pasal aku suka makan kot. Best la jugak citer ni kalo aku leh layan tengok tiap2 hari. Yg penting, ada kenangan pasal cerita ni dengan kawan baik aku time sekolah dulu. Hari ni birthday dia la. Happy Birthday Zafirah! hehe.. Miss U la bila teringat citer ni.

OK, tu je la wat masa ni. Aku tengah nak recall balik cerita apa pernah aku tengok ni. Banyak sangat. hehe. Ada masa len kali leh sambung.

Utk kawan2 berbangsa cina, Gong Xi Fa Cai!!  =)

XoXo,
Kekasih Amar Asyraf.


Saturday, January 12, 2013

2013

Tahun 2013 bersamaan 24 tahun. APA? 24 da ke?

tick tock, tick tock!

Dah 2013 rupanya. Rasanya baru semalam habis ambik periksa UPSR! Over kot! haha. bajet muda sangat.
Jadi, tahun baru azam mesti mau baru kan. So, azam tahun baru yang pertama adalah...jeng3x~~


Impian saya untuk tahun 2013 bersamaan dengan tajuk lagu seperti diatas. Ho3~ cepat la datang seorang lelaki dalam hidupku. Ibu da sibuk tanya bila nak dapat menantu ni? kalo la boleh beli menantu xpe la kan. Mana tau kalau2 ada jual kat pasaraya ke. haha.

Azam kedua ialah memandu. Hello! nak bagitau saya ada lesen memandu competent. bukan lesen L atau P. tapi x guna pun, pasal saya x boleh memandu. Bukan ada sesiapa menghalang, kereta pun ada., kereta myvi purple atas nama saya. Kiranya hutang bertambahlah. huh! Maka, diharap sanagt2 keberanian memandu kereta ada semula datang kepadaku. Gitu! cam seru semangat kau. takotttt!~

Azam ketiga ialah kumpul duit banyak. Bukan nak guna untuk kahwin. No! No! No! Saya ni wanita punya wawasan. Saya nak beli rumah la. Kumpul aset tetap bahasa akaun nye. Target nak beli rumah kondo. Tapi untuk jangka panjang, baik beli rumah bertanah. Paham x? hehe. Harga tanah pun da mahal termasuklah tanah kubur.*terbayang Nasir Bilal Khan*.

Azam keempat ialah membawa keluarga menunaikan haji sebaiknya. Kalau x mampu, umrah pun ok sangat da. Tapi fulus x cukup lagi, anakanda kerja gaji cuma cukup2 makan je. Yg penting niat tu. Insyaallah, dapat kerja elok. Boleh la kita holiday ke Mekah. Wah!

Lagi, impian yg hanya tinggal impian selalunya. Apa lagi kalo bukan mahukan bentuk badan seperti group girls generation tu. Sebaya kot. Tapi mengapakah badan kita x sama saiz? makin naik je berat ni. Kiranya bertambah tahun berkadar terus dengan bertambahnya berat badan, bahasa fizik katanya. Jadi, tahun ni x tau la, patut ke diteruskan impian tu. Ke redha atau pasrah? yang mana satu ntah? penangan ombak rindu katanya.

Ok la, cukup la sampai disini perhubungan kita. Nak angau dekat amar asyraf kejap. haha.

Setia Hujung Nyawa,
Fiqa Syafiqah.
xoxo.