Friday, June 28, 2013

life update

fuh...fuh..fuh...banyaknya spider web....
nak cakap yang blog aku ni lama da tak jenguk..berhabuk berdebu sume ada...
FYI, aku da keje semula setelah jadi penganggur selama sebulan masa bulan April.
Aku rasa aku da jumpa kerjaya yang sesuai dengan aku.
MENGAJAR!!!
Apa? What the......................
Benci sangat dgn kerjaya cikgu ni kan..amek kau!
Sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah berkali2 ganda lebih baik....
Janganlah kamu membenci sesuatu sedangkan itu mungkin terbaik untukmu...Salam Jumaat!
Setelah banyak eksperimen yang aku jalankan sejak habis belajar, aku rasa eksperimen ak menemui hasilnya. Menurut kajian eksperimen aku, aku ni bukan suka duduk diam. So, keje yang memerlukan aku duduk senyap2 tatap PC tu selama aku bekerja memang bukan minat aku. Aku rasa 8 jam tu macam 8 tahun je. Lagi satu, aku x boleh fokus pada satu keje bila xde target. Semacam hidup xde makna aku rasa. Ulang benda yang sama setiap hari. Untuk apa?
Mengajar adalah kerjaya terbaik untuk aku. Kenapa?

1. Aku boleh jalan2 pergi kelas ke kelas.
2. Aku rasa masa berlalu kejap je.
3. Ada banyak masa lapang. Sempat layan Running Man kat opis.
4. Tak payah buat OT.
5. Weekend masa bersukaria
6. Pelbagai ragam pelajar setiap hari. Sumpah tak bosan!
7. Dapat lebih perhatian. Macam kurang kasih sayang pulak! haha

Tapi, pasti la ada negatifnya....tak kisah la. Mana ada kerja yang senang......
Semoga aku dapat bertahan lama dengan kerjaya ni...ameen... =)