Monday, May 31, 2010

TiPs KeSiHaTaN,jIMaT wAnG..HIDUP LEBIH LAMA!!!

salam.....
hari ni piqa nk brkongsi tips.....
credit to....jkns.moh.gov....
pslnye tips ini dicopy drpd 'website' itu.....=)
jom dptkn manfaat drpd tips ini ye................

1.MINUM AIR KOSONG
Air kosong lebih murah dari minuman berkarbonat 8 gelas air kosong sehari baik untuk kesihatan Kulit anda lebih cantik Anda lebih bertenaga Metabolisma badan lebih lancar
2. KURANGKAN MINUMAN BERKAFEIN
Ketagihan kopi membazirkan wang Kafein menjejaskan penghadaman, tidak baik untuk kesihatan gigi, meningkatkan tahap stress dan mengurangkan keupayaan untuk rehat
3. TIDUR YANG MENCUKUPI
Dapatkan 7 jam tidur setiap hari untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan kegemukan
4. BERSENAM
Tidak perlu ke gimnasium untuk bersenam Kekal aktif dengan menaiki tangga, berjalan kaki Senaman baik untuk peredaran darah, metabolisma badan dan mengurangkan stress
5. JANGAN JADI PEROKOK PASIF
Jangan kunjungi restoren yang banyak asap rokok Galakkan keluarga dan rakan untuk berhenti merokok
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Sarapan pagi memberi tenaga segera untuk metabolisma badan Sarapan pagi yang seimbang boleh mengelakkan anda makan sebelum makan tengahari
7. LEBIHKAN MAKAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Merupakan sumber vitamin dan mineral asli Baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan dari jangkitan dan mengurangkan risiko jatuh sakit
8. GUNA KASUT YANG SELESA
Memakai kasut yang tidak selesa boleh menyebabkan kaki melecet, sakit pinggang dan kecederaan
9. JAGA KEBERSIHAN GIGI
Amalan memberus gigi dan menggunakan “floss” mengelakkan gigi berlubang dan penyakit gusi Gigi yang sihat tidak perlu rawatan yang mahal dan menyakitkan
10. KURANGKAN MENONTON T.V DAN VIDEO
Menonton TV atau video terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi lenguh dan sakit kepala Mengurangkan menonton TV atau video juga boleh mengurangkan bil elektrik anda
Amalkan Aktiviti Mengurangkan Stres, Beberapa Minit Sehari Untuk Meningkatkan Mood Dan Tumpuan.
Mengekalkan Kesihatan Minda Dan Badan Anda
11. LETAK POSTUR BADAN DENGAN BETUL
Berjalan atau duduk dalam keadaan membongkok akan menyebabkan sakit belakang
12. REHATKAN DAGU
Merehatkan dagu boleh mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan tekanan atas gigi
13. BERTAFAKUR
Tutup mata dan tarik nafas beberapa minit untuk merehatkan minda dan otot
14. MAKAN DENGAN TENANG
Makan secara perlahan dan tenang mengurangkan gangguan usus, cirit-birit dan senak
15. RAWAT & REHAT
Tinggalkan kerja atau komputer anda setiap jam, untuk Berjalan-jalan selama 5 minit Merehatkan mata dan otot Meluaskan pandangan
16. BASUH TANGAN
Basuh tangan sebelum makan dan selepas keluar dari tandas Tangan yang dibasuh dengan air dan sabun boleh membunuh kuman
17. KELEBIHAN IKAN, TELUR, SOYA DAN SUSU
Ikan, telur dan soya kaya dengan asid lemak omega-3 yang melindungi jantung dari serangan sakit jantung yang bukan sahaja merbahaya, tetapi memerlukan kos rawatan yang mahal Kalsium dalam susu menguatkan gigi dan tulang dan membantu mengurangkan berat badan, mengelakkan penyakit batu karang, serangan sakit jantung, hipertensi dan kanser usus
18. LEBIHKAN MAKANAN BERSERAT
Makanan berserat mampu mengenyangkan perut lebih lama, jadi anda tidak perlu mengambil snek Serat membantu usus, mengurangkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko serangan sakit jantung
19. BASUH PERMAINAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak dan bayi lebih terdedah kepada kuman ketika di sekolah, di lantai atau di mana-mana sahaja. Dengan membasuh permainan, botol susu atau lain-lain akan dapat mengelak daripada jangkitan kuman
20. TUKAR CADAR DAN TUALA KOTOR
Jangan benarkan kuman membiak di cadar dan tuala Cuci dengan air panas setelah menggunakannya beberapa hari dan lebih kerap sekiranya anda menggunakannya ketika sakit.
21. KEBURUKAN MENGGIGIT KUKU
Elakkan daripada tabiat menggigit kuku Sekiranya anda diserang virus atau jatuh sakit disebabkan tabiat buruk tersebut, pekerjaan anda pasti akan terjejas, serta terpaksa memperuntukkan perbelanjaan untuk farmasi atau pun bayaran untuk rawatan doktor.
22. JANGAN BERKONGSI BERUS GIGI, PISAU PENCUKUR DAN LAIN-LAIN ALAT PERIBADI
Berkongsi alat peribadi seperti pisau cukur boleh mengundang bahaya. Belilah untuk kegunaan sendiri agar dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit seperti HIV atau jangkitan bakteria.
23. GUNAKAN PEMBERSIH LIDAH
Ianya mengambil masa beberapa saat sehari. Mengelakkan nafas berbau dan dapat menjaga kesihatan mulut.
Pelaburan Kecil
24. SARINGAN PENYAKIT
Membuat saringan penyakit seperti saringan kanser adalah suatu langkah yang bijak Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.
25. JALANKAN PEMERIKSAAN GIGI
Mengelak daripada berjumpa doktor gigi boleh mendatangkan kesan yang buruk Tanpa penjagaan gigi yang teratur, anda akan mengalami kesakitan gigi dan perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk rawatan doktor atau membuat gigi palsu
26. AMBIL SUNTIKAN PELALIAN
Mengambil suntikan pelalian adalah satu pelaburan yang bijak. Pastikan anda mengambilnya sebelum anda terpaksa memperuntukkan sejumlah wang untuk rawatan kesihatan anda.
27. BUKA AKAUN PELABURAN
Tidak kira bagaimana situasi kewangan anda pastikan anda membuka akaun pelaburan untuk perbelanjaan luar jangkaan. Walaupun menyimpan dengan jumlah yang sedikit setiap bulan, pasti ianya akan membantu anda pada suatu hari nanti.
28. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Kos makanan sihat seperti sayuran segar adalah lebih tinggi daripada sebungkus makanan ringan. Tetapi ianya menjamin kesihatan anda untuk tempoh yang panjang.
29. SERTAI KUMPULAN SENAMAN
Sekiranya anda bosan bersenam sendirian anda boleh menyertai kumpulan senaman yang pasti menyeronokkan. Ianya dapat menjimatkan anda daripada membayar bil-bil perubatan yang tidak diperlukan
30. KETAHUI TAHAP KESIHATAN ANDA
Memahami tahap kesihatan anda dan keluarga boleh membantu anda berkomunikasi dengan doktor dengan mudah. Ianya dapat mengelakkan anda daripada menjalani ujian yang tidak perlu serta tinggi kosnya.
31. HARGAI UMUR ANDA SEADANYA
Mengelakkan daripada memperuntukan sejumlah wang untuk Botox atau rawatan anti penuaan
32. MASAK SENDIRI.
Anda boleh mendapat makanan yang sihat sekiranya memasak sendiri kerana anda lebih berhati-hati dengan bahan-bahan yang digunakan. Makan di luar terlalu kerap boleh menyebabkan bajet perbelanjaan anda tersasar.
33. DAPATKAN KAWAN
Membuat keputusan untuk makan makanan sihat, mengurangkan berat badan, bersenam akan menjadi lebih mudah sekiranya bersama kawan. Anda boleh memberi motivasi antara satu sama lain.
34. PELBAGAIKAN KEUPAYAAN DIRI ANDA
Walaupun anda kerap bersenam, anda boleh pelbagaikan keupayaan diri dengan menggunakan tangga daripada tangga bergerak. Usaha anda untuk kekal sihat boleh menjamin kesejahteraan hidup.
35. REGANGAN
Membuat regangan sebelum senaman boleh mengurangkan risiko kecederaan. Walaupun tidak bersenam, regangan boleh membantu peredaran darah, postur badan dan juga mood anda.

No comments:

Post a Comment